Lately rajin bukak blog Mazidul.
Suka baca cerita di situ.
And the latest news is about Arwah Adik Faris.
Mengalir air mata membaca.
Tabah sungguh keluarga Arwah Adik Faris dalam mengharungi dugaan ini.
Jika aku berada di situasi itu, tak dapat nak bayangkan.
Arwah Adik Faris telah menjadi ahli Syurga.
Menanti ibu dan ayah nya di-Sana.
Oh ya...dalam masa yang sama, ada jugak suara-suara sumbang..
Kenapa perlu masuk hospital yang mahal?
Kita sebagai ibubapa mahukan yang TERBAIK untuk anak-anak kita.
Aku pun nak yang TERBAIK untuk anak-anak aku.
Tak kisah lah bilnya cecah ribu-riban, tapi yang penting nyawa anak kita.
Aku sendiri pun pegi hospital swasta.
Memang tak dapat dinafikan, hospital kerajaan pun bagus.
Cuma masa layanan untuk treatment yang membuat aku tak sanggup nak tunggu.
And ketika itu situasi anak aku tidak begitu baik.
Dia sendiri pun tak sanggup nak tunggu lama untuk berjumpa dengan doktor.
So, keputusannya terus ke hospital swasta.
Alhamdulillah, kami masih mampu membayar bil rawatan.
Tetapi dalam situasi seperti Arwah Adik Faris, kita tak menduga.
Bantuan amat diperlukan untuk melangsaikan bayaran hospital.
Rakyat Malaysia amat baik membantu keluarga Arwah Adik Faris.
Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.
Hari ni hari Jumaat.
Sejuk jer cuaca hari ni.
Esok punyer aktiviti, mau ke Trolak.
Cousin akad nikah sebelah malam and kenduri pada esok harinya - rumah pengantin perempuan.
Kami akan lepak kat Tanjung Malim.
Best nyer dapat jalan-jalan sebelum nak meletup. Hahaha...
Kalau ikutkan, memang dah tak larat nak jalan tapi perasaan nak jalan tetap ada.
Dah meletup, kene pantang 44 hari kat rumah lak.